We are Wedding Planner. We do Make-up Professionally. We also provide Pelamin for Tunang, Nikah, Bersanding, Khatam Al Quran, Cukur Jambul etc.
Carian Di Dalam Blog Ini
Thursday, May 19, 2011
Solekan Tunang: Syazwani, Bukit Beruntung, 230411
Wani mempunyai wajah jenis berminyak. Ini adalah masalah utama yang sering mengganggu ramai jurusolek. Sekiranya solekan tidak dibuat dengan kemas dan berhati-hati, solekan tidak akan bertahan apabila matahari tegak di kepala tepat jam 12 tengahari. Ini adalah kerana bahang cuaca pasti akan merosakkan solekan yang tidak kemas. Pemilihan produk solekan yang tepat dan betul turut memainkan peranan agar solekan tampil segar, gebu serta tidak bercapuk.
Penggunaan Eyebrow Plaster KRYOLAN membantu mengemaskan kening yang lebat atau bersepah agar tampil lebih kemas dan cantik terbentuk. Tanpa perlu dicukur.
Solekan yang cantik adalah solekan yang asli tanpa perbezaan ketara antara muka dan leher. Tidak ramai jurusolek mampu memberikan hasil solekan yang sama rata antara muka dan leher. Rata-rata jurusolek suka menyolek muka jauh lebih putih berbanding leher yang gelap. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pengantin kerana kata mereka, "macam tepung gomak" atau "macam hantu je"
Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.
* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-1:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.