We are Wedding Planner. We do Make-up Professionally. We also provide Pelamin for Tunang, Nikah, Bersanding, Khatam Al Quran, Cukur Jambul etc.
Carian Di Dalam Blog Ini
Friday, May 20, 2011
Mini Pelamin Tunang: Haslinda , Puchong Prima, 020511
Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Haslinda - Puchong Prima - 020511
Tema: Sweet Peach + Simple & Nice
Ciri2: PanelF + Arabian Decor Lamp + Rose Plush Pillows + 2 pasuan bunga dan satu backdrop
Untuk majlis Haslinda, mini pelamin ini dihadiahkan oleh kakak tercinta. Meskipun kehadiran mereka hanya kira-kira 3 hari menjelang majlis, namun kami mampu merealisasikan permintaan mereka.
Tetamu dan sanak saudara yang diterbangkan khas dari Singapura dan Australia menjadi teruja melihat keindahan mini pelamin ini kerana mereka tidak menyangka majlis pertunangan kini menjadi satu majlis yang tersusun dan dirancang rapi berbanding di tempat mereka.
Mini Pelamin ini tampil simple tanpa unsur berlebih-lebihan dan amat bersesuaian dengan majlis serba sederhana. Lebih-lebih lagi bakal suami Haslinda merupakan orang jauh beribu batu di hujung dunia. Ia menjadi kenangan manis buat mereka.
Alhamdulillah, Selamat Bertunang buat Haslinda dan bakal suami, semoga ikatan kalian kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.
* Kami turut menjual kain tarik untuk backdrop pelamin panel. Hubungi Lynnda. Untuk ukuran backdrop seperti mini pelamin ini memerlukan anggaran 2 meter kain berbidang 45 darab 4 keping setiap satu. Kalau untuk pelamin besar kena tahu ukuran backdrop dan Lynnda akan bagi cadangan ukuran. Tempahan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja. DILARANG BUAT TEMPAHAN URGENT. *
* Rose Plush Pillows - turut dijual dalam set 2 keping. Terdapat pelbagai warna pilihan. Cantik digunakan sebagai hiasan dan dekorasi pelamin ataupun dekorasi rumah anda. Kami juga telah mengeksport Rose Plush Pillows ini untuk wedding planner/mak andam di Singapura sebab mereka sangat mementingkan kelainan dalam dekorasi pelamin mereka berikutan persaingan kreativiti dan idea yang hebat di kalangan mereka.*
Labels:
mini pelamin