Carian Di Dalam Blog Ini

Friday, May 20, 2011

Mini Pelamin Tunang: Ct Fatimah, USJ 3, 300411



Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan.
Tema: Pink+Silver+Rose Petals

Ct yang cute dan manis ini meminati warna pink dan silver. Ct telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama Lynnda selaku Event Planner bagi merealisasikan majlis pertunangannya bertarikh 30 April 2011.

Di antara yang menjadi impian Ct ialah penggunaan Rose Petals untuk alas duduk. Lain dari kebiasaan yang kami lakukan. Amat sukar untuk mendapatkan rose petals yang bersesuaian dan ia telah dihasilkan sendiri oleh Lynnda.

Penggunaan bunga juntai untuk rekabentuk ruang tamu rumah yang sederhana ini telah memberikan ilusi luas dan selesa. Sememangnya pilihan yang tepat.

Kami dilayan mesra oleh ibu Ct yang sangat peramah dan baik hati. Sepanjang sesi pemasangan, ibu Ct turut memberikan beberapa permintaan beliau yang dapat kami selesaikan.

Alhamdulillah, Selamat Bertunang buat Ct Fatimah, semoga ikatan kalian kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.