Carian Di Dalam Blog Ini

Monday, May 23, 2011

Solekan Tunang: Eleena, Shah Alam, 150511

Solekan Tunang simple dan kemas.

Engagement: Eleena, Shah Alam
MUA: IN from AzzalynnBridal

Solekan Tunang yang kemas memberikan penampilan berseri buat Eleena di hari bahagianya. Eleena inginkan solekan yang simple tanpa perlu berlebih-lebihan kerana katanya ini majlis tunang. Lihatlah perubahan dari wajah pucat dan tidak bermaya tampil berseri. Amat bersesuaian dengan warna baju tunang yang dipakai.

********************************************************************
Untuk tempahan solekan majlis tunang, hubungi kami dan berbincanglah dengan kami.
Sila rujuk CONTACT US di kanan blog ini.
********************************************************************

* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-1:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.

Friday, May 20, 2011

Solekan Tunang: Norfazira, KL, 200511


Solekan Tunang: Simple dan Manis. Asli.

Engagement Norfazira @ Kuala Lumpur
MUA: WH from AzzaLynn Bridal

Fazira memiliki kening yg lebat. Jika salah percaturan, kening yang cantik ini akan memberikan penampilan garang. Wajah yang comel ini tampil gebu dengan sentuhan pemerah pipi warna polos. Tampak mulus dan lembut dengan sentuhan solekan yang manis. Hidung tampak mancung dengan kemasan shading yang sempurna. Sempurna tanpa nampak seperti pembaris.

Maaf atas kualiti gambar yg sedikit pecah. Maklum lah kamera HP je. Namun begitu, apa yang penting, gambar ini tiada sebarang editing untuk mencantikkan gambar seperti yg sering dilakukan di dalam majalah. Tetap cantik! Asli! Cuma editing dari segi meletakkan copyrights sahaja! :)

Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami (lihat CONTACT US di kanan blog ini) untuk tempahan solekan majlis anda.

* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-1:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.




Mini Pelamin Tunang: Eleena - Shah Alam - 150511




Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Eleena - S9 Shah Alam - 150511
Tema: Pink + White + Pinch of Red

Ciri2: OpenMdn + Bunga Juntai + Flower Balls + Fairy Balls + Rose Plush Pillows + 2 Flower Stands + 2 pasuan bunga dan satu backdrop (Total of 5) + Rose Petals

Eleena pening memikirkan majlis pertunangannya. Dalam kepala banyak idea hendak diluahkan untuk mini pelamin impian. Setelah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan Lynnda selaku Event Planner, akhirnya Eleena bersetuju dengan rekaan ini.

Potongan ruang tamu yang agak berlainan sebenarnya membuatkan Eleena banyak kali menukar rekaan. Namun akhirnya rekaan yang dipilih ini tepat dan sesuai dengan ruang tamu yg mempunyai potongan dan tiang akibat pengubahsuaian rumah yg telah dilakukan.

Alhamdulillah, Eleena cukup berpuas hati kerana kami berjaya merealisasikan mini pelamin impiannya. Tampil berseri menyinari ruang tamu ini.

*******************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.
*******************************************************************

* Rose Plush Pillows - turut dijual dalam set 2 keping. Terdapat pelbagai warna pilihan. Cantik digunakan sebagai hiasan dan dekorasi pelamin ataupun dekorasi rumah anda. Kami juga telah mengeksport Rose Plush Pillows ini untuk wedding planner/mak andam di Singapura sebab mereka sangat mementingkan kelainan dalam dekorasi pelamin mereka berikutan persaingan kreativiti dan idea yang hebat di kalangan mereka.*



Mini Pelamin Tunang: Ellyana, Amanputra, 080511



Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Ellyana - Amanputra - 080511
Tema: All 'Bout Orange

Ciri2: PanelF + Arabian Decor Lamp + Rose Plush Pillows + 2 pasuan bunga dan satu backdrop

Ellyana membuka peluang kepada kami untuk menampilkan warna yang amat jarang digunakan oleh bakal pengantin iaitu ORANGE. Kami cukup gembira apabila dapat menggunakan warna orange dalam koleksi kami.

Penggunaan rose artificial ini tampak seperti asli. Kelopak bunganya tampil menyerlah dan berjaya menyuntik suasana dalam taman. Ditambah seri Arabian Decor Lamp, ia sangat sepadan. Terasa syahdu apabila selesai menyudahkan mini pelamin impian Ellyana ini.

Alhamdulillah, Selamat Bertunang buat Ellyana dan bakal suami, semoga ikatan kalian kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.

*******************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.
*******************************************************************

* Rose Plush Pillows - turut dijual dalam set 2 keping. Terdapat pelbagai warna pilihan. Cantik digunakan sebagai hiasan dan dekorasi pelamin ataupun dekorasi rumah anda. Kami juga telah mengeksport Rose Plush Pillows ini untuk wedding planner/mak andam di Singapura sebab mereka sangat mementingkan kelainan dalam dekorasi pelamin mereka berikutan persaingan kreativiti dan idea yang hebat di kalangan mereka.*


Mini Pelamin Tunang: Haslinda , Puchong Prima, 020511



Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Haslinda - Puchong Prima - 020511
Tema: Sweet Peach + Simple & Nice

Ciri2: PanelF + Arabian Decor Lamp + Rose Plush Pillows + 2 pasuan bunga dan satu backdrop

Untuk majlis Haslinda, mini pelamin ini dihadiahkan oleh kakak tercinta. Meskipun kehadiran mereka hanya kira-kira 3 hari menjelang majlis, namun kami mampu merealisasikan permintaan mereka.

Tetamu dan sanak saudara yang diterbangkan khas dari Singapura dan Australia menjadi teruja melihat keindahan mini pelamin ini kerana mereka tidak menyangka majlis pertunangan kini menjadi satu majlis yang tersusun dan dirancang rapi berbanding di tempat mereka.

Mini Pelamin ini tampil simple tanpa unsur berlebih-lebihan dan amat bersesuaian dengan majlis serba sederhana. Lebih-lebih lagi bakal suami Haslinda merupakan orang jauh beribu batu di hujung dunia. Ia menjadi kenangan manis buat mereka.

Alhamdulillah, Selamat Bertunang buat Haslinda dan bakal suami, semoga ikatan kalian kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.

* Kami turut menjual kain tarik untuk backdrop pelamin panel. Hubungi Lynnda. Untuk ukuran backdrop seperti mini pelamin ini memerlukan anggaran 2 meter kain berbidang 45 darab 4 keping setiap satu. Kalau untuk pelamin besar kena tahu ukuran backdrop dan Lynnda akan bagi cadangan ukuran. Tempahan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja. DILARANG BUAT TEMPAHAN URGENT. *

* Rose Plush Pillows - turut dijual dalam set 2 keping. Terdapat pelbagai warna pilihan. Cantik digunakan sebagai hiasan dan dekorasi pelamin ataupun dekorasi rumah anda. Kami juga telah mengeksport Rose Plush Pillows ini untuk wedding planner/mak andam di Singapura sebab mereka sangat mementingkan kelainan dalam dekorasi pelamin mereka berikutan persaingan kreativiti dan idea yang hebat di kalangan mereka.*


Mini Pelamin Tunang: Ct Fatimah, USJ 3, 300411



Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan.
Tema: Pink+Silver+Rose Petals

Ct yang cute dan manis ini meminati warna pink dan silver. Ct telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama Lynnda selaku Event Planner bagi merealisasikan majlis pertunangannya bertarikh 30 April 2011.

Di antara yang menjadi impian Ct ialah penggunaan Rose Petals untuk alas duduk. Lain dari kebiasaan yang kami lakukan. Amat sukar untuk mendapatkan rose petals yang bersesuaian dan ia telah dihasilkan sendiri oleh Lynnda.

Penggunaan bunga juntai untuk rekabentuk ruang tamu rumah yang sederhana ini telah memberikan ilusi luas dan selesa. Sememangnya pilihan yang tepat.

Kami dilayan mesra oleh ibu Ct yang sangat peramah dan baik hati. Sepanjang sesi pemasangan, ibu Ct turut memberikan beberapa permintaan beliau yang dapat kami selesaikan.

Alhamdulillah, Selamat Bertunang buat Ct Fatimah, semoga ikatan kalian kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.


Thursday, May 19, 2011

Solekan Tunang: Syazwani, Bukit Beruntung, 230411

Solekan Tunang: Simple dan Manis. Asli.

Wani mempunyai wajah jenis berminyak. Ini adalah masalah utama yang sering mengganggu ramai jurusolek. Sekiranya solekan tidak dibuat dengan kemas dan berhati-hati, solekan tidak akan bertahan apabila matahari tegak di kepala tepat jam 12 tengahari. Ini adalah kerana bahang cuaca pasti akan merosakkan solekan yang tidak kemas. Pemilihan produk solekan yang tepat dan betul turut memainkan peranan agar solekan tampil segar, gebu serta tidak bercapuk.

Penggunaan Eyebrow Plaster KRYOLAN membantu mengemaskan kening yang lebat atau bersepah agar tampil lebih kemas dan cantik terbentuk. Tanpa perlu dicukur.

Solekan yang cantik adalah solekan yang asli tanpa perbezaan ketara antara muka dan leher. Tidak ramai jurusolek mampu memberikan hasil solekan yang sama rata antara muka dan leher. Rata-rata jurusolek suka menyolek muka jauh lebih putih berbanding leher yang gelap. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pengantin kerana kata mereka, "macam tepung gomak" atau "macam hantu je"

Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.

* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-1:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.


Mini Pelamin Tunang: Syazwani, Bukit Beruntung, 230411


Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan bertema Pink+Purple+Putih
Simple dan tampil manis mengisi ruang tamu yang sederhana


Majlis Pertunangan Syazwani di Bukit Beruntung, Rawang bertarikh 23 April 2011.
Tema pilihan: Pink+Purple+Putih

Wani dan tunangnya sangat sepakat. Mereka telah datang ke butik AzzaLynn Bridal di Puchong bagi membincangkan harapan impian masing-masing untuk majlis pertunangan mereka yang bakal berlangsung. Lynnda selaku Wedding Planner telah membantu merealisasikan impian mereka agar tercapai.

Selamat bertunang buat Syazwani, semoga kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.