Carian Di Dalam Blog Ini

Wednesday, June 22, 2011

Solekan Tunang: Mimie, KL, 040611

********************************************************************
Untuk tempahan solekan majlis tunang, hubungi kami dan berbincanglah dengan kami.
Sila rujuk CONTACT US di kanan blog ini.
********************************************************************

Solekan Tunang simple dan kemas.

Engagement: Mimie, KL
MUA: WH from AzzalynnBridal

Mimie kecil molek dan sangat comel tetapi mempunyai masalah kulit berminyak yang agak ketara. Solekan di bahagian mata untuk Mimie memerlukan penelitian yang tepat. Kalau salah touch up, mata yang cantik akan tampil tidak bermaya. Ini adalah kerana meskipun Mimie mempunyai mata yg agak besar tetapi bentuknya Lynnda panggil sebagai 'mata sedih'. Kalau salah teknik, tampil tidak bermaya. Alhamdulillah kepakaran kami mampu menghasilkan solekan yang tepat untuk Mimie.

Terima kasih buat Mimie yang memberi sepenuh kepercayaan kepada team kami di AzzaLynn Bridal. Amat seronok bekerjasama dengan Mimie yang peramah ini. Semuanya Mimie tanyakan kepada Lynnda untuk mendapatkan keputusan yang terbaik di hari bahagianya.

Semoga Mimie berjaya menempuh alam pertunangan bersama pasangan dengan sebaiknya sehingga ke gerbang perkahwinan dan juga sehingga ke akhir hayat.

Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis anda.

* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-12:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.

Tuesday, June 21, 2011

Mini Pelamin Tunang: Mimie - KL - 040611

Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Mimie - KL - 4 Jun 2011
Tema: Pink + Blue

Ciri2: PanelF + Decor Lamp + Crystal Decor + Decorative Plush Pillows + 2 pasuan bunga w skirtings + little love decor as backdrop

Jun merupakan bulan yang sangat sibuk. Ramai yang buat majlis bersempena dengan cuti sekolah.

Mimie ni kawan kepada Farah Suzana. Mimie telah datang ke butik kami di Puchong tersangatlah awalnya sebab khuatir jadual kami penuh. Lebih-lebih lagi kalau kena cuti sekolah.

Banyak kali Mimie tukar tema dan konsep dek rambang mata melihatkan pelbagai hasil terbaru kami di FB. Love decor pun Mimie minta last minute walaupun Lynnda dah pesan jangan tengok FB kami. hehehehee... Mimie mmg cute dan comel. Tak sampai hati nak tolak permintaannya.

Alhamdulillah kami berjaya menghasilkan mini pelamin impian Mimie. Warna biru dan pink ini berjaya menyuntik elemen ceria di ruang tamu yang kecil ini. Amat bersesuaian dgn Mimie yang manja dan full of excitement.

Selamat Bertunang buat Mimie dan pasangan, semoga ikatan kalian kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.

*******************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.
*******************************************************************

* Kami turut menjual kain tarik untuk backdrop pelamin panel. Hubungi Lynnda. Untuk ukuran backdrop seperti mini pelamin ini memerlukan anggaran 2 meter kain berbidang 45 darab 4 keping setiap satu. Kalau untuk pelamin besar kena tahu ukuran backdrop dan Lynnda akan bagi cadangan ukuran. Tempahan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja. DILARANG BUAT TEMPAHAN URGENT. *

* Rose Plush Pillows - turut dijual dalam set 2 keping. Terdapat pelbagai warna pilihan. Cantik digunakan sebagai hiasan dan dekorasi pelamin ataupun dekorasi rumah anda. Kami juga telah mengeksport Rose Plush Pillows ini untuk wedding planner/mak andam di Singapura sebab mereka sangat mementingkan kelainan dalam dekorasi pelamin mereka berikutan persaingan kreativiti dan idea yang hebat di kalangan mereka.*

Mini Pelamin Tunang: Ira - Setapak - 200311

Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Ira - Setapak - Mac 2011
Tema: All About Purple

Ciri2: PanelS + Flower Ball + Crystal Decor + Decorative Plush Pillows + 2 pasuan bunga dan satu backdrop

* Actually gambar ni dah lama edit tapi terlupa nak upload ke sini sehinggakan dah terlupa informasi tentang pelamin ini *

Ira amat meminati warna Purple.Untuk majlis ini kami menggunakan kombinasi light purple dan dark purple. Ternyata ia memberikan sentuhan romantik dan harmani untuk ruang tamu yang berpotongan sempit ini.

Syukur Alhamdulillah Ira tak putus-putus melahirkan rasa gembiranya kerana pelamin impiannya tercapai.

Selamat Bertunang buat Ira dan pasangan, semoga ikatan kalian kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.