Carian Di Dalam Blog Ini

Friday, May 20, 2011

Mini Pelamin Tunang: Ellyana, Amanputra, 080511



Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Ellyana - Amanputra - 080511
Tema: All 'Bout Orange

Ciri2: PanelF + Arabian Decor Lamp + Rose Plush Pillows + 2 pasuan bunga dan satu backdrop

Ellyana membuka peluang kepada kami untuk menampilkan warna yang amat jarang digunakan oleh bakal pengantin iaitu ORANGE. Kami cukup gembira apabila dapat menggunakan warna orange dalam koleksi kami.

Penggunaan rose artificial ini tampak seperti asli. Kelopak bunganya tampil menyerlah dan berjaya menyuntik suasana dalam taman. Ditambah seri Arabian Decor Lamp, ia sangat sepadan. Terasa syahdu apabila selesai menyudahkan mini pelamin impian Ellyana ini.

Alhamdulillah, Selamat Bertunang buat Ellyana dan bakal suami, semoga ikatan kalian kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.

*******************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.
*******************************************************************

* Rose Plush Pillows - turut dijual dalam set 2 keping. Terdapat pelbagai warna pilihan. Cantik digunakan sebagai hiasan dan dekorasi pelamin ataupun dekorasi rumah anda. Kami juga telah mengeksport Rose Plush Pillows ini untuk wedding planner/mak andam di Singapura sebab mereka sangat mementingkan kelainan dalam dekorasi pelamin mereka berikutan persaingan kreativiti dan idea yang hebat di kalangan mereka.*