Carian Di Dalam Blog Ini

Monday, November 15, 2010

Tips Solekan: Lipstik Bertahan Lama

Anda inginkan solekan bertahan lama?

Mencari gincu bibir yang mampu bertahan lama menjadi cabaran setiap wanita.

Kami di Azzalynn Bridal menggunakan kaedah sapuan 3 peringkat.
1. Peringkat pertama kami mengenakan sapuan penuh menggunakan produk FARMASI lip pencil 203.
2. Peringkat kedua barulah diikuti dengan gincu bibir yang diminati.
3. Peringkat ketiga, bagi memberikan penampilan basah dan segar, kami mengenakan clear lipgloss MAC. Pastikan yang asli. Elakkan membeli MAC tiruan yang dijual tersangat murah di pasaran terutamanya di dalam internet.

Dengan kaedah 3 peringkat ini, para pengantin memberikan maklumbalas yang sangat baik. Ramai yang menyatakan mereka amat berpuas hati dengan hasil solekan kami kerana tidak perlu menambah lipstick sebaik selesai majlis makan beradap. Malah boleh meneruskan dengan sesi fotografi indoor mahupun outdoor.

Hubungi kami untuk mendapatkan FARMASI lip pencil dengan kod 203 bagi melengkapkan peralatan solekan peribadi mahupun andaman anda.

********************************************************************
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk CONTACT US di kanan blog ini.
********************************************************************

Tips Solekan: Bedak Asas



Bedak asas merupakan lapisan yang diperlukan bagi memberikan hasil yang terbaik.

Bedak asas boleh dikategorikan kepada 4 jenis yang utama:
1. Cecair
2. Berkrim
3. Kompak
4. Dwi fungsi (basah dan kering)

Keempat jenis ini memberikan hasil yang sangat berbeza.
Penggunaan bedak asas jenis Kompak dan Dwi fungsi lebih banyak digunakan untuk kegunaan ringan dan santai. Hasilnya sangat nipis dan amat mudah dicuci.
Manakala jenis Cecair dan Berkrim pula lebih banyak digunakan untuk kegunaan majlis-majlis tertentu atau memberikan penampilan berbeza dari biasa kerana ia mampu menghapuskan segala kekurangan atau cela pada wajah seperti jerawat, jeragat, kedut dan garis halus serta masalah kecederaan muka selain memberikan perubahan penampilan yang sangat ketara.
Namun begitu, ia juga terletak atas budi bicara kita sendiri. Ada yang suka tampil bergaya setiap waktu dan ada yang suka tampil ringkas. Sikap anda sendiri akan menentukan apakah jenis bedak asas yang anda akan gunakan pada masa-masa tertentu di mana saja.

Cara penggunaan bedak asas juga berbeza-beza mengikut jenis produk yang digunakan.
1. Cecair - boleh guna jari atau sponge
2. Berkrim - boleh guna jari, berus kecil atau sponge
3. Kompak - gunakan puff yang tersedia di dalam bekas atau boleh guna berus besar
4. Dwi fungsi (basah dan kering) - gunakan puff yang tersedia di dalam bekas atau boleh guna berus

Cara memilih dan membeli bedak asas sangat bergantung kepada bagaimana anda mengenali kulit anda.
Langkah Pertama:
BACA label yang terdapat di botol atau bungkusan produk. Kenalpasti samada ia jenis berminyak atau jenis matte. Bagi kulit yang berminyak, cantik menggunakan produk yang mempunyai kesan smoothing dan matte. Baki kulit yang normal, anda boleh gunakan jenis cecair yang sedikit berminyak.
BACA juga apakah kesan yang diberikan dalam pakej bedak asas tersebut. Ada sesetengah produk memberikan hasil anti-penuaan. Ada yang memberikan kesan shimmer/glitter iaitu berkilat. Dan pelbagai kesan lagi.

Langkah Kedua:
Oleskan bedak pilihan anda ke wajah. Lihat hasilnya samada anda gemari ataupun tidak. Pemilihan warna bedak asas yang bersesuaian hendaklah berdasarkan warna kulit di wajah. BUKAN di tangan anda.

Langkah Ketiga:
Cuba dahulu untuk satu produk. Jika serasi anda boleh teruskan dengan belian berikutnya. Jika tidak serasi, tukarlah kepada produk lain.

********************************************************************
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk CONTACT US di kanan blog ini.
********************************************************************