Solekan Tunang simple
Engagement: Nurul, Serdang Jaya
MUA: NA from AzzalynnBridal
Nurul ni muda belia. Masih belum tamat belajar di kolej. Sebab tu masalah jerawat dan kulit berminyak menjadi terlalu ketara. Bukan mudah hendak menyolekkan Nurul ni. Lebih-lebih lagi menjelang tengahari, mulalah wajah Nurul berminyak2 dan berpeluh2 di bilik yang panas dan hangat.
Namun dengan kepakaran kami, masalah tersebut mampu di atasi dan majlis Nurul berlangsung sempurna. Penggunaan Supracolor KRYOLAN memberikan suntikan licin dan kemas. Namun kami pastikan ia dicampur dgn TV Paint Stick KRYOLAN bagi mengelakkan solekan menjadi cair. Pemilihan warna2 pastel diselarikan dengan baju tunang Nurul yang sangat sempoi. Kening yang kasar dibentuk kemas menggunakan Special Plastic KRYOLAN tanpa perlu mencukur kening. Foundation brushes merupakan kemestian dalam menangani solekan untuk masalah seperti ini. Itu adalah rahsia mengelakkan solekan menjadi cair.
Nurul tak pernah menggunakan alat solek. Nurul amat risau apabila disolek. Oleh itu dia minta yang simple sahaja. Kami akur, kerana jika solekan terlalu tebal, pasti Nurul ketakutan melihat wajah sendiri. Lebih2 lagi, solekan harus senada dengan pakaian dan juga hiasan yg terdapat di sepanjang majlis tersebut.
Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis anda.
* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-12:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.
Tips Solekan Mekap Artis:
Masalah: Jerawat batu, Berminyak, BerpeluhSELAMAT MENCUBA!!!
- Semburkan KRYOLAN Fixing Spray ataupun DERMACOLOR Fixing Spray secara merata di seluruh wajah sebelum anda memulakan tugasan solekan.
- Penggunaan Fixing Spray dapat membantu mengatasi masalah kulit wajah pelanggan yang terlalu berminyak dan kuat berpeluh.
- Untuk masalah jerawat teruk jenis timbul, gunakan Supra Color KRYOLAN untuk menutup masalah tersebut
- Gabungkan Supra Color KRYOLAN bersama TV Paint Stick KRYOLAN bagi memberikan hasil solekan yang tahan lama terutama untuk majlis yang diadakan di rumah dan juga ketika keadaan cuaca panas terik