Carian Di Dalam Blog Ini

Tuesday, July 12, 2011

Mini Pelamin Tunang: Nora Mohamed - Jln Klang Lama - 040611



Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Nora Mohamed - Jalan Klang Lama - 4 Jun 2011
Tema: English Peach

Ciri2: PanelS + Arabian Decor Lamp + Crystal Decor + 4 Decorative Plush Pillows + 2 pasuan bunga + Kerusi 2 seater

Warna peach menjadi pilihan Nora. Sepanjang sesi diskusi, Nora dan bakal tunang telah memberikan idea dan impiannya. Di antaranya ialah mainan English Rose di bahagian atas panel.

Agak gayat juga mendaki lif apartment untuk ke rumah Nora di tingkat 12. Namun begitu, permintaan pelanggan harus diutamakan. Itulah keutamaan kami di Azzalynn Bridal. Ruang tamu yg agak luas ini beserta dinding yang berwarna hijau pucuk pisang memberikan kombinasi sentuhan segar buat mini pelamin ini.

* Rose Plush Pillows - turut dijual dalam set 2 keping. Terdapat pelbagai warna pilihan. Cantik digunakan sebagai hiasan dan dekorasi pelamin ataupun dekorasi rumah anda. Kami juga telah mengeksport Rose Plush Pillows ini untuk wedding planner/mak andam di Singapura sebab mereka sangat mementingkan kelainan dalam dekorasi pelamin mereka berikutan persaingan kreativiti dan idea yang hebat di kalangan mereka.*

*******************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.
*******************************************************************