Solekan Majlis Bertandang @ Sambut Menantu
Wedding Reception: Azmeer, PJ
MUA: WH from AzzalynnBridal
Solekan untuk wajah isteri Azmeer bukan mudah. Cabaran kali ini memang sukar. Dengan masalah kulit yang kasar dan berjerawat, juga memiliki tulang pipi yang tinggi. Jika tidak mahir mengenakan warna dan teknik solekan, wajah akan tampil garang dan lebih tua dari usia. Kami juga tidak mahu solekan nanti memberikan effect 'wajah jantan' atau kata lainnya = ******.
Ya! Bagi jurumekap amatur, kalau dapat muka jenis macam ni, sila berhati-hati ya! Jangan jadikan muka macam jantan = ******. Kesian customer nanti.
Syukur Alhamdulillah, semuanya selesai dengan lancar.
Tips Solekan Mekap Artis:Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis anda.
Masalah: Wajah yang cengkung, Kulit Kasar, Berjerawat
- Untuk wajah cengkung dan mempunyai tulang pipi yang tinggi, adalah digalakkan mengurangkan penggunaan warna coklat di sekitar wajah bagi mengelakkan 'nampak tua'.
- Bagi kulit wajah yang kasar, gunakan Dermacos atau Dermacolor Camouflage Cream kerana ia mempunyai tekstur yang mampu memberikan kesan halus dan asli. Boleh juga menggunakan Supra Color KRYOLAN tetapi haruslah digabungkan dengan penggunaan TV Paint Stick KRYOLAN. Penggunaan mana-mana item tersebut turut mampu mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-12:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.
********************************************************************
Hubungi kami untuk tempahan solekan majlis bertandang @ sambut menantu.
Sila rujuk CONTACT US di kanan blog ini. ********************************************************************