Carian Di Dalam Blog Ini

Tuesday, July 26, 2011

Solekan Majlis Nikah: Reza, Mac 2011

Solekan Majlis Nikah

Solemnization: Reza Marlina - KL- Mac 2011
MUA: WH from AzzalynnBridal

Solekan yang sangat manis dan simple.
Kami menerima tempahan mekap dari tuan punya badan sangat last minit. Mujur ada kelapangan untuk kami menerima tempahan. Lebih-lebih lagi majlis nikah dibuat pada hari Jumaat.

Syukur Alhamdulillah, semuanya selesai dengan lancar.

Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis anda.

* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-12:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.

Solekan Majlis Bertandang: Nurul, 020711

Solekan Majlis Resepsi

Wedding: Dr Nurul, Wisma PKPS Shah Alam, 2 Julai 2011
MUA: Yanna from AzzalynnBridal

Ibu Hanim merupakan sepupu kepada suami Dr Nurul. Relationship kami bersama Ibu Hanim mmg dah lama kerana kami telah banyak melaksanakan beberapa majlis perkahwinan keluarga dan saudara mara mereka. Atas kepercayaan itu, kami sekali lagi dijemput menjadi jurusolek untuk ahli keluarga baru mereka iaitu Dr Nurul yg lebih mesra dipanggil Nurul saja.

Nurul yang periang, ceria, ramah tamah dan tahu apa yg dikehendakinya ini telah menghantar email kepada kami pelbagai contoh solekan dan dandanan rambut yang dikehendaki. Aksesori yang bakal digunakan turut dimaklumkan juga.

Inilah hasilnya! She wants something different from her wedding ceremony earlier and want to look gorgeous for this wedding reception at her husband's side. Lihatlah perubahan wajah pucat tampil anggun dan ceria. Her jovial character really shows. Happiness sparkling in her eyes.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih buat Ibu Hanim yang tak pernah lupa dengan kami. Jutaan terima kasih juga buat Nurul yang sangat sporting dan peramah.

Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis anda.

* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-12:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.

Bridal Bouquet for Wedding Reception Dr Nurul 4th July 2011 Wisma PKPS Shah Alam

Type: Open Modern design
Color Theme: Gold Cream
Flowers: Gred A off-white roses, berries, Ivy leaves

Nurul's wedding reception was held in Wisma PKPS Shah Alam. Her wedding dress is gold and cream. She requested for some off-white color to match her dress. We add some sparkling berries to add to the excitement.

We provide extra bouquet for Nurul to choose. This simple design really excites her.

Dekorasi Dewan: CT Aishah, LUTH KL, 250611

Keadaan dewan sebelum pelamin di pasang

Pelamin dewan

Pandangan dari meja tetamu

Dekorasi meja makan beradap/meja pengantin

Walkway dan Red Carpet

Majlis Persandingan
Aishah & Abas - 250611
Dewan Tabung Haji, KL
Tema: Cream + Gold

Aishah merancang majlis yang sangat simple. Dia tak nak nampak macam pelamin. Sebab tu pelamin ni diletak di atas lantai manakala meja makan beradap menjadi tumpuan di atas pentas. Tema impian Aishah ialah Cream dan Gold. Tempoh tempahan yang sangat singkat menyebabkan krew kami sedikit kelam kabut untuk memastikan, jadi ke tak jadi booking Aishah ni. hehehhehehe menjelang 5 hari sebelum majlis barulah segalanya confirm kerana ada beberapa perkara yang perlu ditolak dan ditambah atas sebab-sebab tertentu.

********************************************************
Untuk tempahan sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami.
Hubungi kami untuk tempahan
.
********************************************************

Solekan Majlis Sambut Menantu: Adnan & Mira, Puchong, 160711

Solekan Majlis Bertandang @ Sambut Menantu

Wedding: Adnan & Mira, 16 Julai 2011
MUA: WH from AzzalynnBridal
Dekorasi Dewan : AzzaLynn Bridal

Majlis pasangan ini awal2 dah buat tempahan. Yang paling sibuk adalah ibu Adnan iaitu mak mertua Mira. Lynnda banyak berdiskusi tentang majlis pasangan ini bersama ibu Adnan yang tersangatttttttttttttttttt​tlah baiknya lemah lembut sopan santun. Tak pernah jumpa orang mcm ibu Adnan tu. Naik segan Lynnda dibuatnya. hehhehehehe... jutaan terima kasih tak terhingga kerana melayan saya dan team AzzaLynn Bridal seperti keluarga. Sangat terharu.

Memang sesuai dapat menantu yang comel dan peramah macam Mira ni. Tak banyak songeh tapi banyak cakap ehehhehehehe... jangan mare ye Mira yg peramah. Impian Mira dan ibu mertua Mira ni sama nampaknya. Nak kan Mira tampil lain dari majlis di rumah Mira.

Mira mengenakan set jubah labuh. Oleh itu, kami menyediakan aksesori ala-ala Arabian untuk hiasan di kepala Mira. Lain dari kebiasaan. Tampil anggun. Tanpa perlu tiara atau crown. Adnan pula tampil segak dengan sut hitam ala-ala Gandhi style. Memang cun la!

Jutaan terima kasih kerana melantik kami sebagai Wedding Planner untuk majlis ini. Pengalaman yang sangat menarik! Dan kami sangat bersyukur ibu Adnan amat berpuas hati dengan apa yang kami sampaikan.

Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis anda.

* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-12:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.

********************************************************************
Untuk tempahan solekan majlis bertandang @ sambut menantu,
HUBUNGI KAMI dan berbincanglah dengan kami.

********************************************************************

Dekorasi Dewan: Adnan, Masjid A.R.Auf Puchong, 160711

Dekorasi Meja Makan Beradap (Meja Pengantin)
Garden Concept
Penggunaan decorative lamps berwarna putih menyuntik elemen Inggeris yang memberikan inspirasi garden concept.

Dekorasi Meja Makan Beradap (Meja Pengantin) berkerusi 14
Tema: Hitam + silver

Dekorasi Meja Makan Beradap (Meja Pengantin)
Tema: Hitam + silver dan berkonsepkan taman

Dekorasi Pintu gerbang dan red carpet berkonsepkan garden

Majlis Sambut Menantu/Majlis Bertandang
Adnan & Mira - 150711
Dewan Masjid Abd Rahman Auf, JKL
Tema: Hitam + Silver (with garden concept)

Perancangan rapi telah dibuat oleh Adnan dan ibu tersayang bagi memastikan majlis berlangsung dengan sempurna. Lynnda telah mengadakan banyak sesi perbincangan dengan pasangan anak beranak ini bagi memahami impian dan kehendak mereka.

Ibu Adnan sukakan sesuatu yg simple tapi penuh bermakna. Manakala Adnan pula inginkan sentuhan garden @ garden concept bagi menyerikan majlisnya. Oleh itu, Lynnda kombinasikan pelbagai sentuhan bunga yang sepadan dengan warna tema iaitu Hitam dan Silver.

Ruang dewan dan pentas yang sangat luas sedikit memberikan masalah kepada kami. Jarang dibuat orang, meja makan sampai 14 tempat duduk. Namun begitu, ia menjadi satu cabaran yang sangat menarik serta menguji daya kreativiti kami.

Dekorasi pintu gerbang impian Adnan. Ia dwiguna untuk sesi memotong kek.

Alhamdulillah, Adnan dan ibunya sangat berpuas hati dengan hasil yang kami sampaikan. Syukur sangat2.

********************************************************
Untuk tempahan sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami.
Hubungi kami untuk tempahan
.
********************************************************

Sunday, July 24, 2011

Mini Pelamin Tunang : Adik Zira - Taman Medan, KL - Nov 2010

Mini Pelamin Untuk Majlis Tunang/Nikah
Adik Zira - Taman Medan KL - Nov 2010
Tema: Pink (inspired by design mini pelamin cucu Pn Jamaliah)

Ciri2: PanelF + English Rose + 2 pasuan bunga w skirt

Ni gambar lama yg Lynnda tak sempat nak update. Bizi sangat.

Lynnda menerima tempahan dari Zira betul2 last minit. Kami baru je siap pasang pelamin kat rumah customer. Tiba2 jam 5 ptg Zira call tanya pasal mini pelamin. Borak punya borak, sekali Zira cakap, pelamin nak pakai esok pagi. Maknanya malam ni kena la pasang kan. Wahhh..... kelam kelibut kami di Azzalynn Bridal menyediakan kelengkapan.

Ruang tamu rumah keluarga Zira ni agak sempit. Namun kami berjaya memberikan penampilan tinggi dan luas untuk ruang tamu ini.

Zira dan adiknya amat berterima kasih dgn kami kerana telah menyelamatkan keadaan. Menurut adik Zira, mrk ada menempah pelamin dari butik lain dgn harga yg jauh lebih mahal dari yg kami tawarkan tetapi hasilnya amat mengecewakan mereka. Oleh itu mereka telah pun membuka pelamin tersebut sebaik menanti kedatangan kami. Adik Zira sangat berpuas hati dgn pelamin ini yang menepati impian mereka.

***************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami.Rujuk CONTACT US di kanan blog ini.
***************************************************************

Wednesday, July 13, 2011

Solekan Majlis Tunang: Farah Suzana, KL, 050211

Engagement Make-up Fara @ Kg Klang Gate
MUA: Wien from AzzaLynn Bridal
Credit Photo by Sya Sha
Mini Pelamin by AzzaLynn Bridal

********************************************************************
Untuk tempahan solekan majlis bertandang @ sambut menantu, hubungi kami dan berbincanglah dengan kami. Sila rujuk CONTACT US di kanan blog ini.
********************************************************************

Mini Pelamin Tunang : Farah - KL - 050211

Mini Pelamin Untuk Majlis Tunang
Farah Suzana - KL - 5 Feb 2011
Tema: Pink + Peach

Ciri2: PanelF + Decor Lamp + 2 pasuan bunga

Gambar ni buat Lynnda tertanya2 semenjak dua menjak ni sebaik selesai buat majlis Mimie (kawan sekolah Farah). Sebabnya, gambar Farah dah masuk dalam list, tapi gambar mini pelamin takde dalam ni. Rupanya Lynnda terlupa nak letak gambar ni dalam album ni. Terperap dalam PC. hehehehhehee

Farah ni gadis manis yang peramah dan pandai membuat pilihan. Farah mengenakan baju tunang berwarna peach. Pada mulanya Farah mendapat inspirasi dari pelamin pertunangan Yani dari Kota Kemuning.Namun bagi memberikan sentuhan lembut, Farah telah meminta Lynnda menyediakan kombinasi warna pink dan peach.

Ruang tamu rumah Farah yang luas ini memberikan hasil yang menakjubkan. Tampak mesra dan seakan heavenly looked pula rasanya.

Jutaan terima kasih buat Farah yang memberikan peluang kepada kami serta telah mempromosikan khidmat kami kepada rakan-rakannya.

*******************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami.Rujuk CONTACT US di kanan blog ini.
***************************************************************

Solekan Majlis Bertandang: Azmeer, PJ, 290511

Solekan Majlis Bertandang @ Sambut Menantu

Wedding Reception: Azmeer, PJ
MUA: WH from AzzalynnBridal

Solekan untuk wajah isteri Azmeer bukan mudah. Cabaran kali ini memang sukar. Dengan masalah kulit yang kasar dan berjerawat, juga memiliki tulang pipi yang tinggi. Jika tidak mahir mengenakan warna dan teknik solekan, wajah akan tampil garang dan lebih tua dari usia. Kami juga tidak mahu solekan nanti memberikan effect 'wajah jantan' atau kata lainnya = ******.

Ya! Bagi jurumekap amatur, kalau dapat muka jenis macam ni, sila berhati-hati ya! Jangan jadikan muka macam jantan = ******. Kesian customer nanti.

Syukur Alhamdulillah, semuanya selesai dengan lancar.

Tips Solekan Mekap Artis:
Masalah: Wajah yang cengkung, Kulit Kasar, Berjerawat
  • Untuk wajah cengkung dan mempunyai tulang pipi yang tinggi, adalah digalakkan mengurangkan penggunaan warna coklat di sekitar wajah bagi mengelakkan 'nampak tua'.
  • Bagi kulit wajah yang kasar, gunakan Dermacos atau Dermacolor Camouflage Cream kerana ia mempunyai tekstur yang mampu memberikan kesan halus dan asli. Boleh juga menggunakan Supra Color KRYOLAN tetapi haruslah digabungkan dengan penggunaan TV Paint Stick KRYOLAN. Penggunaan mana-mana item tersebut turut mampu mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis anda.

* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-12:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.

********************************************************************

Hubungi kami untuk tempahan solekan majlis bertandang @ sambut menantu.

Sila rujuk CONTACT US di kanan blog ini.
********************************************************************

Mini Pelamin Majlis Sambut Menantu : Azmeer - PJ - 290511

Mini Pelamin Untuk Majlis Bertandang @ Majlis Sambut Menantu
Azmeer - PJ - 29 Mei 2011
Tema: Blue Heaven

Ciri2: PanelS + Decor Lamp + Crystal Decor + 2 pasuan bunga + daun juntai + Kerusi 2 seater + Off-White Backdrop cover

Jutaan maaf, gambar kali ini kelabu asap sebab pakai kamera HP cokia. Kamera yg biasa di bawa tu, terlupa nak masukkan SD Card. A bit frustrated gak le. Abih nak buek camno. hehehehhee

Azmeer memilih biru bagi majlis bertandang atau majlis sambut menantu di rumahnya. Sepanjang sesi diskusi, Azmeer dan isteri telah memberikan idea dan impian mereka. Majlis yang sederhana ini ingin diserikan dengan mini pelamin sahaja kerana Azmeer tidak ingin tampil terlalu over. Maklumlah, rumah pihak lelaki, katanya. Lebih-lebih lagi, ruang tamu yang agak kecil menghadkan hiasan yg bakal dibuat.

Penambahan Off-white Backdrop cover digunakan atas permintaan Azmeer bagi menutup kekurangan di bahagian dinding rumah.

Jutaan terima kasih di atas layanan keluarga Azmeer yang ramah tamah belaka.

*******************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami.
Rujuk CONTACT US di kanan blog ini.

*******************************************************************

Tuesday, July 12, 2011

Mini Pelamin Tunang: Nora Mohamed - Jln Klang Lama - 040611

Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Nora Mohamed - Jalan Klang Lama - 4 Jun 2011
Tema: English Peach

Ciri2: PanelS + Arabian Decor Lamp + Crystal Decor + 4 Decorative Plush Pillows + 2 pasuan bunga + Kerusi 2 seater

Warna peach menjadi pilihan Nora. Sepanjang sesi diskusi, Nora dan bakal tunang telah memberikan idea dan impiannya. Di antaranya ialah mainan English Rose di bahagian atas panel.

Agak gayat juga mendaki lif apartment untuk ke rumah Nora di tingkat 12. Namun begitu, permintaan pelanggan harus diutamakan. Itulah keutamaan kami di Azzalynn Bridal. Ruang tamu yg agak luas ini beserta dinding yang berwarna hijau pucuk pisang memberikan kombinasi sentuhan segar buat mini pelamin ini.

* Rose Plush Pillows - turut dijual dalam set 2 keping. Terdapat pelbagai warna pilihan. Cantik digunakan sebagai hiasan dan dekorasi pelamin ataupun dekorasi rumah anda. Kami juga telah mengeksport Rose Plush Pillows ini untuk wedding planner/mak andam di Singapura sebab mereka sangat mementingkan kelainan dalam dekorasi pelamin mereka berikutan persaingan kreativiti dan idea yang hebat di kalangan mereka.*

*******************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.
*******************************************************************

Sunday, July 10, 2011

Solekan Tunang: Nurul, Serdang Jaya, 290511

Solekan Tunang simple

Engagement: Nurul, Serdang Jaya
MUA: NA from AzzalynnBridal

Nurul ni muda belia. Masih belum tamat belajar di kolej. Sebab tu masalah jerawat dan kulit berminyak menjadi terlalu ketara. Bukan mudah hendak menyolekkan Nurul ni. Lebih-lebih lagi menjelang tengahari, mulalah wajah Nurul berminyak2 dan berpeluh2 di bilik yang panas dan hangat.

Namun dengan kepakaran kami, masalah tersebut mampu di atasi dan majlis Nurul berlangsung sempurna. Penggunaan Supracolor KRYOLAN memberikan suntikan licin dan kemas. Namun kami pastikan ia dicampur dgn TV Paint Stick KRYOLAN bagi mengelakkan solekan menjadi cair. Pemilihan warna2 pastel diselarikan dengan baju tunang Nurul yang sangat sempoi. Kening yang kasar dibentuk kemas menggunakan Special Plastic KRYOLAN tanpa perlu mencukur kening. Foundation brushes merupakan kemestian dalam menangani solekan untuk masalah seperti ini. Itu adalah rahsia mengelakkan solekan menjadi cair.

Nurul tak pernah menggunakan alat solek. Nurul amat risau apabila disolek. Oleh itu dia minta yang simple sahaja. Kami akur, kerana jika solekan terlalu tebal, pasti Nurul ketakutan melihat wajah sendiri. Lebih2 lagi, solekan harus senada dengan pakaian dan juga hiasan yg terdapat di sepanjang majlis tersebut.

Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis anda.

* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-12:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.

Tips Solekan Mekap Artis:
Masalah: Jerawat batu, Berminyak, Berpeluh
  • Semburkan KRYOLAN Fixing Spray ataupun DERMACOLOR Fixing Spray secara merata di seluruh wajah sebelum anda memulakan tugasan solekan.
  • Penggunaan Fixing Spray dapat membantu mengatasi masalah kulit wajah pelanggan yang terlalu berminyak dan kuat berpeluh.
  • Untuk masalah jerawat teruk jenis timbul, gunakan Supra Color KRYOLAN untuk menutup masalah tersebut
  • Gabungkan Supra Color KRYOLAN bersama TV Paint Stick KRYOLAN bagi memberikan hasil solekan yang tahan lama terutama untuk majlis yang diadakan di rumah dan juga ketika keadaan cuaca panas terik
SELAMAT MENCUBA!!!

Mini Pelamin Tunang: Nurul - Serdang Jaya - 290511

Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Nurul - Serdang Jaya - 29 Mei 2011
Tema: Blue + a pinch of Pink & Red

Ciri2: PanelF + Decor Lamp + Crystal Decor + 6 Decorative Plush Pillows + 2 pasuan bunga + sprinkles of Aromatic Rose Petals

Nurul anak sulung kesayangan bonda. Mini pelamin ini dihadiahkan oleh bonda tercinta buat Nurul sempena majlis pertunangan. Lynnda lebih banyak berdiskusi dengan emak Nurul bagi memastikan mini pelamin ini terhasil dengan sempurna.

Warna biru yang menjadi warna pilihan sememangnya menyuntik elemen segar. Tampil ceria memenuhi ruang tamu yang panjang ini. Taburan aromatic rose petals menambah seri. Tapi belum sempat nak posing2, budak2 dah kutip dulu ehehehehehe....