Finishing Touch: semburan Fixing Spray bagi mengatasi masalah wajah yang mudah tampak bergaris. Dab dab kan dengan pink sponge secara lembut dapat memberikan kekemasan seperti yang diimpikan.
Ni pun gambar lom sempat upload. Dek bz sangat selain terlalu banyak gambar dalam simpanan.
Farhana tak sempat buat apa-apa untuk majlis tunangnya. Maklumlah, balik Malaysia hanya lebih kurang 5 hari menjelang majlis. Semuanya bonda yang uruskan. Lynnda lebih banyak berbincang dengan bonda Farhana bagi segala urusan berkaitan majlis tunang ini.
Nampak macam senang kan nak mekap wajah Farhana ni.
Tapi hakikatnya, Tuhan saja yang tahu.
Farhana ni kurus, sedikit tinggi orangnya serta memiliki seraut wajah cengkung dan tampak garang. Yang paling tak mudah lupa, Farhana memiliki bulu mata yang panjang tetapi 'degil'. Tegak! Lurus! Buatlah apa saja, ia akan balik ke asal. hehehehhehee.. memang mencabar kesabaran...
Kami memberikan sentuhan manis bagi melembutkan wajah Farhana yang garang ini. Bukan mudah ya! Bukan mudah! Silap percaturan, salah teknik solekan, jadi macam nenek tua.
Syukur Alhamdulillah, hasilnya memuaskan hati Farhana dan ibunya. Permintaan Farhana untuk tampil senatural mungkin telah dapat kami berikan.
Dapatkan nasihat pakar kami. Sila hubungi kami untuk tempahan solekan majlis anda.
* Bagi yang mempunyai masalah kewangan, anda dijemput untuk solekan PERCUMA bagi majlis tunang atau nikah anda. Sila book tarikh sahaja. Semoga dengan bantuan sekecil ini dapat memudahkan urusan majlis anda.
* Syarat solekan PERCUMA 2011: Masa solekan antara 7:00 pagi-12:00 tengahari. Mesti hadir di Puchong. Kena book tarikh sebulan awal kerana dikhuatiri kami outstation.