Carian Di Dalam Blog Ini

Tuesday, June 21, 2011

Mini Pelamin Tunang: Mimie - KL - 040611


Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Mimie - KL - 4 Jun 2011
Tema: Pink + Blue

Ciri2: PanelF + Decor Lamp + Crystal Decor + Decorative Plush Pillows + 2 pasuan bunga w skirtings + little love decor as backdrop

Jun merupakan bulan yang sangat sibuk. Ramai yang buat majlis bersempena dengan cuti sekolah.

Mimie ni kawan kepada Farah Suzana. Mimie telah datang ke butik kami di Puchong tersangatlah awalnya sebab khuatir jadual kami penuh. Lebih-lebih lagi kalau kena cuti sekolah.

Banyak kali Mimie tukar tema dan konsep dek rambang mata melihatkan pelbagai hasil terbaru kami di FB. Love decor pun Mimie minta last minute walaupun Lynnda dah pesan jangan tengok FB kami. hehehehee... Mimie mmg cute dan comel. Tak sampai hati nak tolak permintaannya.

Alhamdulillah kami berjaya menghasilkan mini pelamin impian Mimie. Warna biru dan pink ini berjaya menyuntik elemen ceria di ruang tamu yang kecil ini. Amat bersesuaian dgn Mimie yang manja dan full of excitement.

Selamat Bertunang buat Mimie dan pasangan, semoga ikatan kalian kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.

*******************************************************************
Untuk tempahan Pakej Pertunangan dan Mini Pelamin, sila dapatkan nasihat dan kepakaran kami. Lihat CONTACT US di kanan blog ini.
*******************************************************************

* Kami turut menjual kain tarik untuk backdrop pelamin panel. Hubungi Lynnda. Untuk ukuran backdrop seperti mini pelamin ini memerlukan anggaran 2 meter kain berbidang 45 darab 4 keping setiap satu. Kalau untuk pelamin besar kena tahu ukuran backdrop dan Lynnda akan bagi cadangan ukuran. Tempahan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja. DILARANG BUAT TEMPAHAN URGENT. *

* Rose Plush Pillows - turut dijual dalam set 2 keping. Terdapat pelbagai warna pilihan. Cantik digunakan sebagai hiasan dan dekorasi pelamin ataupun dekorasi rumah anda. Kami juga telah mengeksport Rose Plush Pillows ini untuk wedding planner/mak andam di Singapura sebab mereka sangat mementingkan kelainan dalam dekorasi pelamin mereka berikutan persaingan kreativiti dan idea yang hebat di kalangan mereka.*